Monday, December 28, 2009

SEJARAH MULA MENJAHIT

Tak tau mana datangnya minat menjahit ni. Hajat di hati nak menjahit baju untuk diri sendiri sebab ku tak puas hati bila hantar tailor belum jumpa yg selesa di badan. Sejarah bermula 6 tahun lepas masa pergi beli barang dapur kat Giant ada promosi mesin jahit murah dan mampu ku beli masa tu dengan Harga RM499.00. Ku terus beli tanpa pikir panjang . Ini lah rupe Mesin Jahit tu.



2 bulan selepas tu ku mendaftarkan diri di kelas jahitan kat PKNS Shah Alam.. maka bermulalah hobi menjahit..semua ku taram jahit dari langsir rumah.. sarung bantal.. cadar katil macam2 lagi lah. Sehingga ke hari ini Daku tak pernah menempah baju lagi. Semuanya ku jahit sendiri. Walaupun mesin ni dah semakin uzur tapi masih mampu menjahit baju raya ku dan keluarga


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails