Thursday, December 31, 2009

BERANGAN JE..

2010 umur Sofiya mencecah tiga tahun..cheq dah Aim beberapa item untuk di beli..Sebenarnye Laptop ni dah lama nak beli tapi memandangkan Hobi nyer suka repair semua mainan nya cheq tangguh dulu.. Naya paling murah pun dalam RM 60.00 kalau setakat Aeroplane yg ku beli tadi Pilot nya dah tertanggal kepala ( ha.hah) Kipas udah tercabut boleh la menahan ...tapi kalau yg ni mau menyinga mama Mu.


Art Desk very suitable for her age I think.. Nampak gaya macam suka melukis..antara benda yg selalu di lukis ialah Aloplane (Kapal terbang) pokok bunga, ball. Padahal Cheq tengok samer je semua.. bulat-bulat ..( I guess this is a bit expensive ) So misi nya kena cari duit dan servey item ni.

Dapat yang macam ni pun boleh la dari tak ade Ada lagi kot..
Nape Cheq pandai-pandai berangan??
Sebabnya..tahun 2010 cheq nak mengorak langkah baru..nak sambung kerja..cari kerja baru.
Rasa-rasa macam rezeki dah nak datang ni. Cukup-cukup la 6 bulan terperap kat rumah.



Monday, December 28, 2009

Project Dicember

Setelah ku godek2 dalam Internet ni.. ku tertarik dengan Patern Peasant Blous.. bulan ni telah berjaya ku siapkan baju sofiya ni.
Kain lebihan Mak Tam masa study kat UITM dulu.
Sofiya Suka pakai baju yang mama jahit..Bijak Sofiya. Mama terharu sebab sofia kiranya dah pandai menghargai Air tangan mama.



Lagi satu blous Sofiya dalam pembikinan..


Tengah Fikir ape style lengan nya.

SEJARAH MULA MENJAHIT

Tak tau mana datangnya minat menjahit ni. Hajat di hati nak menjahit baju untuk diri sendiri sebab ku tak puas hati bila hantar tailor belum jumpa yg selesa di badan. Sejarah bermula 6 tahun lepas masa pergi beli barang dapur kat Giant ada promosi mesin jahit murah dan mampu ku beli masa tu dengan Harga RM499.00. Ku terus beli tanpa pikir panjang . Ini lah rupe Mesin Jahit tu.



2 bulan selepas tu ku mendaftarkan diri di kelas jahitan kat PKNS Shah Alam.. maka bermulalah hobi menjahit..semua ku taram jahit dari langsir rumah.. sarung bantal.. cadar katil macam2 lagi lah. Sehingga ke hari ini Daku tak pernah menempah baju lagi. Semuanya ku jahit sendiri. Walaupun mesin ni dah semakin uzur tapi masih mampu menjahit baju raya ku dan keluarga


Sunday, December 20, 2009

LAGUNA PARK-PULAU INDAH

Since Mother In-law datang dari kampung hari jumaat.. hubby dapat MC on saturday ku telah berkira-kira sambil memandang siling rumah.. nak pergi mandi-manda di ULU YAM.
maka ku sampaikan keinginan ku kepada En. Abe dia kata ok.

Ku dah plan ape nak masak..hmm Tapi bila bangun pagi2 cuaca mendung je.. ujan rintik-rintik kami padam kan saje hasrat tu.. sudah nye kami ke sini



Laguna Park ni tempat memancing..ada jeti, restoren seafood..tak de gambor sebab beteri camera dah khong.


Wednesday, December 16, 2009

Kesian Sofiya

Sudah dua malam Sofiya Tak dapat tidur lena..kesian dia.. Seingat ku Sofiya tak pernah batuk teruk camni..
Semalam setelah berbincang kami mengambil keputusan bawa Sofiya ke Klinik Kesihatan Anika Klang ( Ya ampun Manusia ) manalah tau kan kot kat sana dorang nak buat ujian saringan ke hape maklumla musim macam - macam penyakit. rupernya tak pun..lagi menyesakkan dada ni. Puan dokter attend 3 orang pesakit dalam masa yg sama..mana la sempatkan. dia tak suluh pun tekak anak aku ni.
Saya bagi ubat demam, batuk, selsema & Asma okey.. (Ubat2 ni memang dah ada kat rumah)

Kami bergerak ke kaunter farmasi..fuh giler no giliran ke 55 orang..berapa lama nak tunggu?? Time tu pukul 3 petang.. So abah kami tunggu kat kereta ye. tak de tempat duduk.. Kesian Sofiya dengan hingus meleleh..batuk..panas..tertidur dalam kereta..Eh jam dah dekat 4.15 dah lama ni..dah terbangun dah Sofiya..Dengan muka tention Abah bawa 2 botol ubat..( X de plastic ) Eh mana lagi 2 jenis ubat.. Pharmacist tak cakap ape-ape ke bang?? Jawapan : X pun..Hadoi la.

X pe la Sofiya..malam ni kalau tak ok .. mama bawa pegi doktor Sofiya ye.

Monday, December 14, 2009

Sepetang Di Putrajaya

Kami bertolak pukul 4 petang dari Klang menghala ke Putrajaya.. Macam nak hujan je. nasib baik sampai cuaca pun ok. Dah lama tak datang ke Putrajaya..rasanye last visit masa umur sofiya 1 tahun.. baru jalan2 jatuh.
Perut terasa Lapar kami turun ke kedai2 makan kat bawah ( dolu2 pekena nasi ayam) rupanya undermaintenance.. jadi sofiya nampak Playground ape lagi.

Ni masa baru2 bak sesuaikan diri..malu2


Dah pusing2..panjat2 dah


Dah mula enjoy..susah nak angkat kaki ni.



Setelah dipujuk2..maka kami berangkat ke dataran.. memandangkan dia lebih enjoy kat bawah nun..selepas bertawaf 3 x dia ajak balik " Ma nak mamam nol" MCD la tuh.

Abah & Ya. x sabor nak balik muka dah masam tu.




Tuesday, December 8, 2009

Ni masa umur Sofiya 7 bulan
Masa ni Sofiya dah boleh merangkak.. oleh kerana sofiya tidur lasak yang amat.. ku telah memunggah katil ( Risiko jatuh dr katil tinggi ni )
Sorang2 tau. Hubby keje..

Maka sampai sekarang kita tidur di tilam aje.

All about My Princes

Sofiya Lahir Pada 2 Julai, 2009
Berat?? 3.8 kg

Oleh kerna mama tak mempunyai kemudahan internet maka nya tak banyak cerita yang mama boleh coretkan.
Sofiya tak suka di bedung ( merah padam muka nak keluarkan tangan & kaki )
Tak berjaga malam.. jarang sakit.. Mama bahagia je tidur sampai pagi
Tapi lasak tidur yang amat
ni gambar sofiya masa baby

Monday, December 7, 2009

Aduhai..

Testing..testing
Berapa lama aku nak siapkan Blog ni.. dua minggu..huh
Walaupun aku hanyalah surirumah sepenuh Masa..pelik
yang pasti bila duduk depan computer aje Sofia minta buka CD Ultraman.. Hagemaru
Poyo jer Sofiya ni.
Related Posts with Thumbnails